Doa Mohon Murah Rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Monday, August 22, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu Sy memohon Jutaan kemaafan kerana terpaksa memberhentikan sementara business tudung On9, kerana stok tudung2 telah kehabisan. InsyaAllah Sy akan kembali membuka gedung jualan On9 seminggu selepas perayaan Aidilfitri.

Dikesempatan ini Sy ingin mengucapkan Selamat Hariraya kepada semua saudara-mara, rakan2 dan pelanggan2 Sy tidak kira di mana anda berada. Berhati-hati semasa pulang beraya ke Kampung.


No comments:

Post a Comment